Sunday, 13 January 2013

6 - 9 Ogos 2012 : Konvoi Ramadhan Selangor 2012

                                  

Konvoi Ramadhan Selangor telah berlangsung pada bulan Ramadhan 2012.





Bergambar di hadapan Perpustakaan Unisel sebelum bergerak ke Masjid Nurul Amin, Kg Delek
Iftar Jamie' bersama peserta peserta KRS2012 di Masjid Nurul Amin, Kg Delek

Merancang aktiviti harian



Masa ni rasanya sedang berkumpul untuk bergerak membersihkan kawasan kubur disekitar Masjid Nurul Amin, Kg Delek. Sangatlah menyeronokkan sebab masa itu saya berpeluang untuk memotong rumput menggunakan mesin. Satu peluang yang sangat jarang sekali mungkin untuk saya dapatkan . 

beramah mesra dengan penduduk sekitar Kg Delek. Ada yang sinis bila dengar nama Unisel meniti di bibir kerana masa tu memang nama Unisel sedang panas meluap di dada akhbar dan berita tv. hehe. Namun mengapa harus fokus pada yang negatif saja? Ada juga yang prihatin dengan nasib Unisel ketika itu sampai sampai beri kami nasihat dan pandangan dsb nya.

Selepas beramah mesra dengan penduduk.. tak salah kan bergambar kenangan sikit. :)

Saya tak tahu saya tengah baca apa masa tu.. :)


Sambutan Hari Belia Antarabangsa Selangor dan  Majlis Berbuka  Puasa bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dataran Shah Alam. 

Mahasiswi Unisel sedang berkumpul..

sekitar jam 6.45pm , Dataran Shah Alam, Shah Alam -  Menunggu masuknya waktu maghrib untuk berbuka dan berterawih bersama MB Selangor. Rasanya personaliti lain yang ada dalam majlis ini antaranya Ustaz Azhar Idrus, Faizal Tahir , Alang Raja Lawak  dan Abby Abadi dan ramai lagi lah.

Sedikit Sumbangan untuk penduduk setempat. Rasanya di Surau Seri Perantau. Kali ini tiada unsur politik Jangan risau. :)

Peserta bertungkus lumus membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk setempat. 

Masa ni rambang je mata tengok bubur lambuk ni. Rasa nak terkam semua. Yela.. Makanan dah depan mata tapi tak boleh dijamah sebab sedang berpuasa.  

Nak tunjuk gak gambar saya bungkus bubur lambuk ni.

'Tentera tentera' penghantaran bubur lambuk. 
Ketibaan TNC Unisel.

Ada lagi mamat pakai baju Kawasaki ni.. 

uhh laponya..

TNC Unisel Prof Haji Kidam memberi sepatah dua kata dan ucapan penutup Konvoi Ramadhan tahun 2012.

menanti laungan azan.
Selepas bertarawih bersama TNC Unisel dan Dr Halimah Ali, kami bersalaman sesama kami untuk pulang ke kampus di Bestari Jaya dan sebahagian akan pulang ke kampus di Shah Alam.


Bergambar kenangan sebelum pulang ke kampus masing masing.